Saturday, December 17, 2011

ANTARA ADAM DAN IBLIS; SATU RENUNGAN



Bismillah.

Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat Allah ‘azzawajalla kerana masih memberikan peluang dan ruang masa, tenaga dan idea untuk saya mencoretkan sedikit luahan minda di ruangan ini.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang dapat kita sama-sama kutip daripada kisah Adam dan iblis yang tercatat di dalam Al-quran secara ringkas, dan akan kita bahaskan perkaitannya dengan sikap manusia yang sering berlaku, iaitu fokusnya kepada ahli dan masyarakat dakwah yang ada.

Di dalam Al-quran al- karim, terdapat banyak tempat dan surah yang menceritakan berkenaan kisah Adam dan iblis. Sejenak berfikir, kadang-kadang, kita akan tertanya-tanya, mengapa kisah Adam dan iblis ini banyak diulang-ulang di dalam Al-quran? Bagi sesetengah orang yang tidak faham akan maksud Al-quran, mereka akan menganggap pengulangan itu hanyalah pengulangan cerita dan kisah yang terdapat di dalam Al-quran. Namun, di sana, sudah tentu terdapat hikmah yang besar yang Allah s.w.t sediakan di sebalik kisah ini, untuk mengajar manusia berkenaan perihal diri manusia itu sendiri. Bahkan, di setiap pengulangan kisah ini, dari ayat-ayat Al-quran itu terdapat misi yang ingin diketengahkan dalam konteks kehidupan manusia saban waktu. Allah s.w.t ingin menjelaskan kepada manusia berkenaan sifat insan yang dhaif dari segenap sudut, dan sikap yang menjadi punca kekufuran makhluk kepada Tuhannya.

Di dalam kisah ini, berlaku dua kesalahan besar yang dirakamkan di dalam Al-quran. Pertamanya, adalah kesalahan iblis laknatullah dengan enggan ia sujud kepada Nabi Adam a.s seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada para malaikat. Sujud di sini bererti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah bererti sujud memperhambakan diri. Karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah. Allah azzawajalla merakamkan peristiwa ini di dalam surah Al-baqarah, firman Allah s.w.t;

øŒÎ)ur $oYù=è% Ïps3Í´¯»n=uKù=Ï9 (#rßàfó$# tPyŠKy (#ÿrßyf|¡sù HwÎ) }§ŠÎ=ö/Î) 4n1r& uŽy9õ3tFó$#ur tb%x.ur z`ÏB šúï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇÌÍÈ

34.  Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.


Kengganan iblis untuk mematuhi perintah Allah s.w.t ini telah disertai dengan perasaan bongkak dan takabbur kepada Allah azzawajalla. Maka, atas kesalahan itu Allah s.w.t telah menghukum iblis laknatullah sebagai kufur, kerana di akhir ayat yang dinyatakan di atas, disebut, “dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”.

Kesalahan kedua pula yang berlaku di dalam kisah ini adalah, perbuatan Nabi Adam a.s dan isteri baginda, Hawa kerana melanggar perintah Allah s.w.t yang melarang mereka berdua mendekati dan memakan buah dari sebatang pohon yang terdapat di dalam syurga. Hal ini juga terakam di dalam Al-quran al-karim, seperti mana firmanNya di dalam Surah Al-baqarah;

$uZù=è%ur ãPyŠ$t«¯»tƒ ô`ä3ó$# |MRr& y7ã_÷ryur sp¨Ypgø:$# Ÿxä.ur $yg÷ZÏB #´xîu ß]øym $yJçFø¤Ï© Ÿwur $t/tø)s? ÍnÉ»yd notyf¤±9$# $tRqä3tFsù z`ÏB tûüÏHÍ>»©à9$# ÇÌÎÈ   

35.  Dan kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.

Maka, di atas kesalahan Nabi Adam dan isteri baginda, Hawa itu, Allah s.w.t telah mencampakkan mereka berdua ke bumi, dan tabalkan ia sebagai khalifah. Adakah berlaku double-standard dalam hukuman yang Allah s.w.t berikan kepada kedua-dua makhluk ini? Sudah tentu tidak!. Ini kerana, kedua-dua kesalahan itu berlaku di atas sikap, perasaan dan nilai yang berbeza. Secara jelas, kita dapat lihat bahawa, kesalahan yang telah dilakukan oleh iblis telah dilakukan atas dasar sikapnya yang sombong dan angkuh terhadap perintah dan suruhan Allah s.w.t, dengan mencabar Tuhan, iaitu mempersoalkan perintah yang telah Allah tetapkan dan ini mencerminkan keburukan nilai yang ada pada diri iblis laknatullah itu. Hal ini tercatat di dalam Al-quran dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-A’raf;

tA$s% $tB y7yèuZtB žwr& yàfó¡n@ øŒÎ) y7è?ósDr& ( tA$s% O$tRr& ׎öyz çm÷ZÏiB ÓÍ_tFø)n=yz `ÏB 9$¯R ¼çmtGø)n=yzur `ÏB &ûüÏÛ ÇÊËÈ

12.  Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" menjawab Iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".

Adapun, kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Adam dan isteri baginda itu, bukanlah dilakukan dengan sikap yang sombong dan takabbur, akan tetapi terdapat faktor luaran yang mempengaruhi mereka berdua. Perkara ini disebutkan di dalam Al-quran, juga di dalam surah Al-baqarah, firman Allah;

$yJßg©9yr'sù ß`»sÜø¤±9$# $pk÷]tã $yJßgy_t÷zr'sù $£JÏB $tR%x. ÏmŠÏù ( $uZù=è%ur (#qäÜÎ7÷d$# ö/ä3àÒ÷èt/ CÙ÷èt7Ï9 Arßtã ( ö/ä3s9ur Îû ÇÚöF{$# @s)tGó¡ãB ìì»tFtBur 4n<Î) &ûüÏm ÇÌÏÈ

36.  Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."

Di dalam ayat di atas, telah disebutkan bahawa, syaitan telah menggelincirkan mereka berdua. Point ini sangat-sangat penting untuk menyanggah hujah golongan kristian di dalam teks-teks Bible mereka yang mengatakan bahawa kesalahan jenayah di dalam syurga itu berpunca daripada Hawa. Maka atas sebab itu, golongan wanita wajar terus menerus dihukum Tuhan sepanjang masa. Wanita mengalami sakit semasa mengandung, sakit semasa bersalin, sakit haidh dan sebagainya, kata mereka, adalah berpunca kerana wanitalah yang menjadi punca kesalahan tersebut dilakukan. Inilah ajaran yang terdapat di dalam kristian. Sedangkan ajaran Islam tidak sebegitu. Islam sangat-sangat adil kepada segenap manusia. Kerana itu, Al-quran menyebut,
$yJßg©9yr'sù) ß(`»sÜø¤±9$#
 Syaitan mempengaruhi MEREKA BERDUA. Dalam perkara ini, bukanlah seorang atau satu pihak sahaja yang tanggung kes. Malah, secara jelas, bukanlah Hawa yang mempengaruhi Nabi Adam dan kedua-duanya untuk memakan buah dari pohon tersebut, akan tetapi, syaitanlah yang menggelincirkan mereka berdua.

Adapun, perbezaan nilai yang terdapat dalam kisah ini sangat penting untuk kita ambil sebagai manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa. Selaku anak Adam, kita seharusnya mengambil nilai yang ditonjolkan oleh Nabi Adam a.s yang memohon ampun kepada Allah s.w.t di atas kesalahan yang telah dilakukan, berbanding syaitan yang terus menerus mencabar Tuhan. Kata nabi Adam sewaktu berdoa memohon keampunan, seperti yang tertera di dalam Al-quran, surah Al-A’raf, firman Allah;

Ÿw$s% $uZ­/u !$oY÷Hs>sß $uZ|¡àÿRr& bÎ)ur óO©9 öÏÿøós? $uZs9 $oYôJymös?ur ¨ûsðqä3uZs9 z`ÏB z`ƒÎŽÅ£»yø9$# ÇËÌÈ

23.  Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:
“Setiap anak Adam itu berbuat kesalahan. Dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu adalah yang bertaubat”

Jenayah sebenar yang dilakukan adalah bukanlah melakukan kesalahan, tetapi, jenayah yang sebenar adalah keengganan memohon taubat kepada Allah s.w.t. Maka sebab itu, Al-quran berulang kali menyebut berkenaan kisah Adam dan iblis, supaya manusia mengetahui bahawa peperangan ini adalah peperangan yang berhubung dengan sikap takabbur, dan peperangan berhubung dengan akhlak anak Adam, yang apabila berbuat salah, maka ia perlu memohon ampun atas kesalahannya.

Janganlah kita menjadi manusia yang mencontohi sikap syaitan, dalam meniti kehidupan seharian sebagai manusia, terutamanya sebagai golongan beragama. Jika diteliti, kita akan mendapati, terdapat kebanyakan dalam kalangan manusia zaman pasca-moden ini, yang seolah-olah menjadikan syaitan sebagai ‘ikutan’, walaupun secara tidak jelas. Dalam banyak keadaan, manusia jarang sekali bersikap dengan sebenar-benar sikap dan sifat manusia, sebaliknya menyalahi fitrah kemanusiaan yang Allah berikan dalam diri manusia ini. Sering terjadi, di mana, manusia mendahulukan sifat kebinatangan dan seakan-akan sifat iblis, dalam melakukan sesuatu perkara. Inilah yang menjadi antara punca mengapa terdapatnya aktivis agama yang berbeza pandangan sehingga hampir berpecah. Dek kerana sikap takabbur, sombong, iri hati terhadap satu sama lain, aktivis agama sekalipun tidak terlepas daripada mencontohi sifat syaitan ini. Mungkin agak keras jika saya mengatakan sebegini, akan tetapi inilah hakikat yang dapat kita lihat darsawarsa ini. Perbezaan yang saya sebutkan di sini tidak termasuk yang disebabkan dan yang berlaku di atas perbahasan ilmiah, kerana pada perbahasan itu, tujuannya adalah untuk mencari kebenaran. Walaupun begitu, jika pada perbahasan ilmiah itu terdapatnya niat-niat dan perasaan tersembunyi seperti yang saya sebutkan, juga adalah tidak wajar dan sepatutnya dihindari. Ini dibuktikan dengan kata-kata Imam Syafie yang masyhur, “tidaklah aku berdebat melainkan aku mengharapkan Allah menzahirkan kebenaran di atas lidahnya”. Perbezaan yang difokuskan di sini adalah di atas sentimen-sentimen tertentu.

Kadang-kadang, kita hairan, mengapa semakin giat usaha dakwah dijalankan, tidak ramai juga mereka yang berminat kepada ajaran Islam. Nah, kita mungkin sudah jumpa akan salah satu puncanya, berkaitan sikap. Soal sikap sangat-sangat perlu ditekankan kerana ia menjadi asas kepada akhlak yang dibentuk. Setelah kita membahaskan panjang lebar berkenaan kisah Adam dan iblis di atas, jelasnya, sikap iblis yang sombong itulah yang menyebabkan Allah mengenakan hukuman kufur kepadanya. Saya juga telah menulis di beberapa artikel sebelum ini, yang kebanyakannya ada menyentuh berkenaan sikap. Maka, tidak hairanlah Allah menyebut berulang-ulang kali berkenaan kisah Adam dan iblis ini di dalam Al-quran untuk mengingatkan kita supaya dijauhi akan sifat kesyaitanan itu, dan resapkanlah sifat kemanusiaan yang sepatutnya. Lihatlah betapa lembutnya jiwa Nabi Adam a.s, setelah melakukan kesalahan yang dilarang Allah, baginda terus memohon keampunan. Sememangnya, saya yakin dan percaya, selaku ahli dakwah dan golongan agama, kita sudah dilazimkan dengan amalan istighfar. Namun, dari satu sudut yang berbeza, kita sewajarnya mencontohi kelembutan dan sensitiviti jiwa yang terdapat pada Nabi Adam a.s. Kadang-kadang, sesetengah golongan ahli gerakan Islam ini menganggap, kelembutan jiwa itu satu kelemahan yang perlu dihindari. Hasilnya, terjadilah perdebatan-perdebatan untuk menegakkan hujah dalam keadaan emosi dan tidak ilmiah, kerana ‘kekerasan’ yang mereka pegang sebagai kekuatan, yang kadang-kadang sering berlapikkan nada sombong dan bongkak. Maka, dalam keadaan tidak sedar, kita sedikit sebanyak mencontohi sikap yang dinyatakan di atas. Bukanlah niat saya ingin menyamakan manusia dengan iblis, tetapi, penting untuk difahami akan soal sikap dan nilai pada sikap itu yang akan menatijahkan tindakan kita. Malah, sering juga terjadi, apabila menyentuh soal sikap, golongan agama lebih suka untuk terus ‘bertegang urat’, berbanding mencari solusi dan jalan keluar bagi sesetangah perselisihan pendapat, malah terasa berat untuk terus memohon kemaafan jika terdapat kesalahan kepada saudara lain. Ini kerana, mungkin kerana ego yang terdapat dalam diri tiap daripada kita, atau mungkin juga kerana kepentingan tertentu. Perkara ini sangatlah bertentangan daripada nilai yang terdapat pada kisah Nabi Adam tadi, kerana syaitan, kerana ingin menjaga ‘ego’nya yang diciptakan daripada api, telah mencabar perintah Allah dan enggan dan takabbur untuk tunduk kepada Nabi Adam a.s. Sedangkan, dalam konteks yang umum, ajaran Islam sentiasa menganjurkan supaya sentiasa memaafkan antara satu sama lain.

Lihat, jika golongan yang memperjuangkan agama sendiri tidak dapat menyerap sedetail-detail aspek dalam ajaran Islam ke dalam diri, maka, bagaimana dapat kita mempengaruhi lebih ramai manusia untuk terus berdamping dengan agama rahmat ini? Mungkin kisah Adam dan iblis perlu diseminarkan kepada para ahli dan golongan agama, supaya dapat sama-sama kita hadamkan, agar kita dapat mencungkil lebih banyak lagi nilai positif untuk dicontohi disebalik kisah ini. Moga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita untuk terus memahami isi kandungan Al-quran untuk diaplikasi di dalam hidup ini. InsyaAllah.  

Wallahua’lam

(adaptasi daripada kuliah Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tentang Kisah Adam dan Iblis)

DARUL QURAN
JUMAAT; 16/12/2011
10:36 PM





1 comment:

  1. Ganesh Puja Near Me - CasinoFib planet win 365 planet win 365 fun88 soikeotot fun88 soikeotot 12bet 12bet 6784Play Free Demo Slot at Gold Casino

    ReplyDelete