Wednesday, October 12, 2011

CINTA SANG MUJAHID...

          


            Alhamdulillah, segala kepujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, atas kurniaan-Nya, dapat lagi kita menghirup udara segar kurniaan Allah s.w.t.. Tatkala saudara kita di daerah dan tempat lain sedang menderita kelaparan kerana kemiskinan, ataupun menderita kesakitan kerana kesan peperangan, ataupun mederita jiwanya kerana tekanan dan kesempitan himpitan kehidupan yang semakin kejam, kita masih lagi dipilih oleh Allah ‘azzawajalla untuk menjadi insan-insan yang bernasib baik, lebih sedikit berbanding mereka. Namun, benarlah firman Allah s.w.t. bahawa sangat sedikit hamba-hamba-Nya yang bersyukur, kaki masih lagi berat untuk menjejakkan kaki ke majlis ilmu, tangan masih lagi berat untuk menginfakkan harta ke jalan dakwah, dan mata masih lagi kuyu dan layu menatap ayat-ayat dan tanda kekuasaan Allah s.w.t.. Maka sewajibnya kita bersyukur dengan nikmat yang tidak terhitung ini.

“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati ibu dan bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya bertunang, apatah lagi berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah sama-sama saling menyukai dan saya rasa, dia sangat sesuai dengan saya, dan ayah saya pula ilmu agamanya bukan calang-calang. Bukannya kami nak kahwin terus pun, cuma sekadar ‘cop’ saja dulu. Dah habis belajar nanti, barulah kami fikir macam mana perancangan seterusnya…”

“Aku ni umur dah makin meningkat… study pun dah nak habis… dah habis nanti, nak sambung lagi atau nak terus kahwin? Nak kahwin, duit pula tiada… tapi, keinginan tu ada. ‘Si dia’ pula, gayanya macam dah bagi green light. Tapi, aku pun tak pasti, kalau dia dah ada orang lain macam mana pula? Hmm, susahlah macam ni...”

Tuesday, October 11, 2011

PERPECAHAN UMMAH; MIMPI ATAU REALITI?




Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, Tuan Punya Dunia saya mulakan tulisan kali ini. Segala puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w.

Buat pemulaan, terdetik di benak minda ini, untuk mencoretkan sedikit rasa kata hati dan fikiran tentang sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian sebagai Muslim dan Mukmin, abna’ul harakah. Sesuatu yang mungkin juga tampak remeh dan kecil serta rumit untuk diperbincangkan, namun mungkin inilah yang menjadi punca utama pemasalahan umat Islam sejagat, yang membelenggu, terutamanya sejak zaman kejatuhan Khilafah Islamiyah, Turki Uthamniah pada tahun 1924.

Saban hari, kita sering dikejutkan dengan berita-berita menggemparkan tentang masalah sosial yang berlaku di negara kita sendiri, terutamanya dalam kalangan anak-anak muda ’Islam’ zaman pasca-moden ini dan banyak lagi berita yang tak pernah terlintas dalam fikiran seorang manusia yang waras, untuk berlaku di  negara yang ’so-called’ negara Islam ini.

Bismillah..

Alhamdulillah, segala kepujian dipanjatkan kepada Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam.

moga-moga, peluang mencoretkan tinta kata dan fikiran di sini dapat mengembang-biakkan lagi syiar Allah di atas muka bumi. Saya masih belajar, dan terus belajar. Sebarang teguran dan silap sangat dialu-alukan oleh sekian pembaca. Terimalah buah fikiran dari kalam mufakkir ini...