Saturday, December 17, 2011

ANTARA ADAM DAN IBLIS; SATU RENUNGAN



Bismillah.

Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat Allah ‘azzawajalla kerana masih memberikan peluang dan ruang masa, tenaga dan idea untuk saya mencoretkan sedikit luahan minda di ruangan ini.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang dapat kita sama-sama kutip daripada kisah Adam dan iblis yang tercatat di dalam Al-quran secara ringkas, dan akan kita bahaskan perkaitannya dengan sikap manusia yang sering berlaku, iaitu fokusnya kepada ahli dan masyarakat dakwah yang ada.

Di dalam Al-quran al- karim, terdapat banyak tempat dan surah yang menceritakan berkenaan kisah Adam dan iblis. Sejenak berfikir, kadang-kadang, kita akan tertanya-tanya, mengapa kisah Adam dan iblis ini banyak diulang-ulang di dalam Al-quran? Bagi sesetengah orang yang tidak faham akan maksud Al-quran, mereka akan menganggap pengulangan itu hanyalah pengulangan cerita dan kisah yang terdapat di dalam Al-quran. Namun, di sana, sudah tentu terdapat hikmah yang besar yang Allah s.w.t sediakan di sebalik kisah ini, untuk mengajar manusia berkenaan perihal diri manusia itu sendiri. Bahkan, di setiap pengulangan kisah ini, dari ayat-ayat Al-quran itu terdapat misi yang ingin diketengahkan dalam konteks kehidupan manusia saban waktu. Allah s.w.t ingin menjelaskan kepada manusia berkenaan sifat insan yang dhaif dari segenap sudut, dan sikap yang menjadi punca kekufuran makhluk kepada Tuhannya.

Di dalam kisah ini, berlaku dua kesalahan besar yang dirakamkan di dalam Al-quran. Pertamanya, adalah kesalahan iblis laknatullah dengan enggan ia sujud kepada Nabi Adam a.s seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada para malaikat. Sujud di sini bererti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah bererti sujud memperhambakan diri. Karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah. Allah azzawajalla merakamkan peristiwa ini di dalam surah Al-baqarah, firman Allah s.w.t;

øŒÎ)ur $oYù=è% Ïps3Í´¯»n=uKù=Ï9 (#rßàfó$# tPyŠKy (#ÿrßyf|¡sù HwÎ) }§ŠÎ=ö/Î) 4n1r& uŽy9õ3tFó$#ur tb%x.ur z`ÏB šúï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇÌÍÈ

34.  Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.